Sabtu, 31 Desember 2011

PANTUN MELAYU

 PANTUN MELAYU

Berikut ini adalah beberapa koleksi pantun melayu, pantun melayu untuk orang tercinta, keluarga, teman, sahabat, kekasih, bapak, ibu, dan beberapa kumpulan pantun melayu lucu, pantun humor, pantun romantis, pantun lucu lucu dan percintaan terbaru.
Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Berikut ini adalah beberapa koleksi pantun melayu, pantun melayu untuk orang tercinta, keluarga, teman, sahabat, kekasih, bapak, ibu, dan beberapa kumpulan pantun melayu lucu, pantun humor, pantun romantis, pantun lucu lucu dan percintaan terbaru.
Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan.  
Yuk berpantun akhir tahun...!
Pohon Kemiri tidak berduri    Dari mana datangnya cinta?
Mari bersama kita berusaha           Dari sawah turun ke kali
Mmembangun seni negeri sendiri            Sambunglah
Dari mana datangnya mata?
Ada ikan namanya tenggiri                    Dari sono kali...
Ikan dibawa ke Muara Kaman                 Dari mana datangnya duit?
Melestarikan budaya negeri            Dari mesin ATM turun ketangan
Bukanlah hanya tugas seniman.
sana gunung di sini gunung
di tengah2 ada pohon pepaya
wayang nya bingung dalangnya jg bingung
nyang penting kita bisa tertawa.
jalan-jalan ke pancoran
jangan lupa membeli peye
kalo saya boleh ucapkan
Met lebaran and tahun baru aja kali yeee...



pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.
Perumpamaan dalam pantun
Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud “umpama” atau “ibarat” (Za’ba,1965). Ini dibuktikan melalui ungkapan
Dari bentuk perumpamaan:
Sudah gaharu cendana pula.
Menjadi pantun dua kerat:
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:
Sayangkan kain buangkan baju,
Kerana baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
Kerana aku dagang yang hina.
Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya.
Perkembangan pantun
Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya.
Dendangan rakyat atau lagu kerja
Walau bagaimana pun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan bahasa dan keelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk dendang rakyat atau lagu kerja.
Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk menendur situasi tegang semasa bekerja.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat
bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat.

Sifat Pantun
Alam Dan Kehidupan
Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa
satu tema atau idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia.
Rima pantun
Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang, dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam maksud. Sebagai contohnya;
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata;
Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih;
yang apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingat-balik. Contohnya pantun-pantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada baris-baris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan rima yang menarik:
Limau purut/ lebat di pangkal
Sayang selasih/ condong uratnya
Angin ribut/ dapat ditangkal
Hati kasih/ apa ubatnya?


Nasi lemak/ buah bidara,
Sayang selasih/ saya lurutkan;
Buang emak/ buang saudara,
Kerana kasih/ saya turutkan.

Pernyataan padat dan ringkas
Pantun juga perlu patuh kepada satu penjimatan ketat pernyataan-pernyataan linguistik yang sesuai dan ini dapat dilihat dalam baris-baris pantun yang ringkas tapi padat makna, seperti:
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.
Sekali pergi menuba,
Sekali ikan merimbat;
Sekali adik disapa,
Setahun rindu terubat.


Untuk kepadatan juga, pantun mengambil ungkapan-ungkapan perumpamaan untuk mengisi baris-baris maksudnya. Perumpamaan memang bersifat sarat makna hatta membuka kepada tafsiran yang jamak. Penggunaan perumpamaan juga memudahkan hafalan, kerana perumpamaan adalah ungkapan-ungkapan yang dikongsi bersama, yang selalu diguna dan didengar justeru cepat terakam di minda. Bentuknya sendiri adalah dipolakan untuk mudah dihafal dan diingat balik. Contohnya:
Tuar di hulu tuar di hutan,
Tuar di kuala tak mengena;
Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tak berguna.
(Zakaria Hitam)





Ciri Budaya Lisan Pantun
1. Unsur berulang dalam pantun
Satu ciri gaya bahasa lisan yang disebut di awal tadi ialah adanya unsur perulangan (anafora, epifora) pada ungkapan dan perkataan. Dalam budaya lisan perulangan adalah salah satu mekanisme mnemonik yang penting. Perulangan dari sudut stailistik adalah teknik penggunaan perkataan yang dianggap berlebih-lebihan dan boros, justeru dilihat sebagai satu kelemahan.
Namun dalam budaya lisan perulangan adalah teknik bijak bukan sahaja untuk membantu ingatan tetapi membangkitkan rima yang juga penting untuk hafalan. Kerana itu mengikut Oranng (1982) budaya lisan itu bersifat “redundant atau copious.” Walaupun perulangan menyarankan adanya pemborosan kata-kata yang seolah-olah bertentang dengan keperluan bentuk pantun kepada penjimatan bahasa, tetapi dalam pantun perulangan tidak menjejaskan kepadatan bentuknya. Kerana yang diulang adalah perkataan yang sama, dan kemunculannya berlaku dalam kawalan sukatan baris pantun contohnya:
Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi
Jangan saya ternanti-nanti.

Kalau subang sama subang
Kalau sanggul sama sanggul,
Kalau hilang sama hilang
Kalau timbul sama timbul.



Tidak ada komentar:

Poskan Komentar